Kelas Basic ICT & Advokasi

11 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Disember 2019 (Selasa), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan kolaborasi dengan PI Kampung Bandong dengan Kelas Basic ICT Advokasi. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang perlu dan pentingnya Advokasi dan Asas Internet. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 10 orang peserta yang hadir iaitu 8 peserta lelaki dan 1 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Pada kolaborasi itu, peserta-peserta didedahkan video Advokasi E-Waste dari MCMC. Mereka diperkongsikan dengan Program E-Waste. Kenapa dan mengapa pengumpulan peralatan IT dan telekomunikasi ini perlu dalam Program ini. Kemudian sesi soal jawab dalam bentuk Kuiz diadakan bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka dengan tajuk Advokasi petang tersebut. Selepas itu, peserta-peserta diajak untuk melayari dan mempelajari Google Map. Mereka diajak bermain sambil belajar menggunakan Google Map dalam kelas itu.

Impikasi daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas pada pagi ini. Apa yang kami harapkan agar mereka dapat mengawal dan membawa diri mereka dalam era teknologi ini.

#KLIK DENGAN BIJAK

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali